5 JENIS ORANG YANG DISARAN BATALKAN PELAN HIBAH TAKAFUL.

 












Selalu orang cakap kenapa anda perlu ambik hibah takaful kan? Jom kita tukar cara sharing harini. Tulis dengan cara berbeza. Kenapa perlu cancel atau surrender plan takaful anda. Dengan lafaz Bismillah, Jom kita mulakan!

1. Matlamat dah tercapai.

Setiap pelan perlindungan samaada takaful atau konvensional, kita sepatutnya sertai dengan matlamat yang betul. Kalau tak, nanti membazir. Contohnya kita ada pelan hibah untuk persediaan gantian pendapatan. Siapa yang nak kita lindungi? Sekiranya pelan tadi bertujuan untuk perlindungan pendapatan ketika anak anak masih bersekolah dan membesar, setelah mereka dewasa dan berkerja kita boleh surrender polisi itu.

Sesetengah pelan takaful menyediakan pelan tambahan (dalam pelan sedia-ada) yang dikenali sebagai "LEVEL TERM" dimana perlindungan tambahan disediakan bagi tempoh yang lebih pendek dari tempoh matang polisi kita. Level term ini boleh di pilih dari 5 tahun keatas. Contohnya kita membeli kereta bernilai RM70,000 secara sewa beli dengan tempoh bayaran 10 tahun. Jadi tambahan nilai perlindungan sebanyak RM70,000 bertempoh 10 tahun boleh ditambah ke dalam pelan anda. Selepas tempoh ini nilai premium akan dkurangkan tanpa memberi kesan kepada pelan perlindungan asas kita.

2. Pencen/ Bersara.



Kos perlindungan akan meningkat sejajar dengan peningkatan umur kita dan inflasi. Mengikut projections/ramalan nilai pada tempoh matang, kita sepatutnya mempunyai sejumlah amaun nilai tunai atau Cash Value. Semakin meningkat umur kita premium akan meningkat dan kebarangkalian penolakan diambil dari Cash Value pelaburan sangat tinggi. Kembali kepada poin 1, sekiranya matlamat asal telah tercapai, saya sarankan pembatalan polisi selaras dengan pengurangan komitmen bulanan.

3. Overprotected/ Terlebih-lindung.



Sekiranya kita rasa terbeban dengan pembayaran takaful, ada kebarangkalian kita terlebih perlindungan. formula nilai perlindungan optimum adalah nilai (10 tahun gaji + Jumlah Liabiliti - Jumlah Simpanan).
Ketahui lebih lanjut tentang pengiraan nilai terbaik perlindungan anda dalam sharing saya sebelum ni. 

CARA-CARA UNTUK TIDAK TERLEBIH BAYAR TAKAFUL.

4. Tak bersedia dari segi perlindungan perubatan.



Dalam persediaan perlindungan, kadang-kala kita memilih prioriti yang salah akibat kekangan wang. Ada banyak pelan-pelan hibah yang lebih murah dari pelan medical-card. Namun tanpa perlindungan perubatan, kemungkinan nilai hibah yang dirancangkan untuk keluarga digunakan untuk rawatan kita sendiri sekiranya kita pandang umur.

5. Terlalu banyak dan tak sayang simpanan.



Ada juga sesetengah individu yang mempunyai terlalu banyak simpanan, seperti ahli perniagaan, dan konglomerat, mendapat harta pusaka dan sebagainya. Sekiranya tiada ahli keluarga lain yang terkesan sekiranya individu tadi hilang upaya kekal atau pendek umur. Tabung takaful dibina dari gabungan sumbangan semua peserta takaful terutama dari yang kurang simpanan. Jika kita mempunyai terlalu banyak simpanan dan tiada ahli keluarga dan rakan kongsi syarikat akan terbeban dengan ketiadaan kita, makan takaful tidak lagi diperlukan!

Sekian saja perkongsian saya hari ini. Saya harap ia dapat membantu anda semua dalam membuat keputusan terbaik dalam memilih perlindungan yang sesuai dengan keluarga anda.

Jom sama-sama menjadikan hari kita lebih bermaa'na.
#stayhome #stayinside Assalamualaikum!

Yazid Shariff
PruVenture Manager
+60123675815
wasap terus: wa.link/1jdgre





Ulasan

Catatan Popular