Cara-cara untuk tidak terlebih bayar takaful.



Dari tunjuk ajar guru takaful saya, turn out kita boleh TERLEBIH BAYAR takaful. Apa maksud terlebih bayar ni?

Kita start dengan basic concept insurance. Zaman dulu-dulu bila kapal dagang nak transport barang, syarikat kapal akan keluarkan satu geran/surat guarantee untuk customer mereka. Kalau barang-barang hilang atau kena rompak dilaut, diorang akan bayar pampasan lebih. Konsep basic insurance macam ni sekarang kita biasa tengok waktu nak pos barang dengan poslaju. Kita boleh pilih insured dgn seringgit.

Bila takaful mula di perkenalkan, konsep insurans dipinjam tapi perbezaan utama dengan insurans biasa ialah duit yang dikumpulkan tidak akan dilaburkan ke premis premis yang gharar(tidak jelas) dan haram. Dengan ini dana kita terjamin kesuciannya.

OK! Kembali ke topik!

Cara-cara untuk tidak terlebih bayar takaful.

Untuk elakkan dari terlebih bayar takaful formula kira-kira takaful ialah.

A. Pendapatan bulanan x 10 tahun + Jumlah Liabiliti (Hutang) 

-

B. Saving (EPF, ASB, Simpanan lain) 

Contohnya:

Pendapatan bulanan: 5,000
Pendapatan 10 tahun: 600,000
Simpanan: 30,000
ASB: 50,000

Liabiliti
Balance Hutang Rumah: 250,000
Balance Hutang Kereta 1: 25,000
Balance Hutang Kereta 2: 5,000

Maka:
(600,000 + 250,000 + 25,000 + 5,000 ) 880,000 - 80,000 = 

800,000

Kalau protection anda melebihi nilai ni, dan rasa terbeban dengan premium, saya sarankan untuk revise polisi anda untuk meringankan beban bayaran atau tukarkan allocation premium anda ke-saving option dalam syarikat. 

Kalau anda nak plan-plan takaful yang personalized mengikut keperluan keluarga anda boleh hubungi saya melalui nombor di bawah. 

Saya berharap perkongsian hari ni dapat membantu anda dan bersama menjadikan hari kita lebih bermaa'na.
Assalamualaikum!

Yaji Shariff
PruVenture Manager
012-3675815





Ulasan

Catatan Popular