10 pantang elak hilang kawan bila berniaga.

Banyak orang hilang kawan bila berniaga. Statement macam ni kalau nak cakap deep taklah deep mana pun. Daripada pengalaman sendiri saya cuba kongsikan 10 pantang larang berniaga untuk elak hilang kawan.

1. Hard-sell.









Terutama dalam musim covid macam sekarang, cash semua orang memang sangat tight. Apa-apa spending orang nak buat semuanya banyak kira-kira dulu. Jangan paksa, kadang-kadang kawan kita nak compare harga dan rasa ada option untuk pilih produk yang sesuai dengan keperluan dia. Kalau kita terlalu push, kawan kita rasa takda pilihan dan jadi stress. Client yang stress mengadap kita, akan cari penjual lain. Kawan yang stress dengan kita, akan cari kawan yang lain.

2. Tipu customer demi nak close sale.

Contoh simple macam bila ada satu promo, client kita tanya bila sales habis then kita tipu cakap harini last. Esok dia datang ada lagi promo. Kalau customer dia boleh ignore kita. Tapi kalau kawan-kawan, diorang akan rasa kecewa gila ada kawan penipu. Orang camni kalau saya pun saya elak macam Covid-19.

3. Explanation vague dan sembang pusing-pusing pasal produk.



Explanation pasal produk yang tak clear akan buat orang rasa macam kita tak confident. Bila terlampau vague dan kita explain macam nak lari topik, kawan-kawan akan rasa kita tengah goreng untuk ambil kesempatan kat diorang. Explain bagi clear.

4. Tak tepati janji.



Kalau janjikan sesuatu dengan produk atau servis yang kita bekalkan. Tepati. Kalau customer biasa dia boleh cari orang lain. Tapi kalau kawan kita, impak lebih besar nanti. Mereka dah support "Business kawan sendiri" dan kawan sendiri yang tabur janji-janji palsu.

5. Follow up yang teruk.



Ada satu seminar business yang saya join cakap pasal GET/KEEP/GROW. Dapatkan customer, Kekalkan customer/ Besarkan perniagaan. Banyak customer lama saya semasa bekerja di retail, yang dari regular customer menjadi kawan. Bila kita follow up pelanggan kita dengan baik, kawan-kawan takkan lari, sebaliknya lagi bertambah!

6. Mengugut dan memerli.









Kalau anak tak makan kismis ni, nanti dia belajar corot. Kalau tak ambik insurance ni nanti mati family miskin papa kedana. Dah macam mendoakan keburukkan kawan-kawan kita pulak. Kata itu doa. Kalau kita tak suka orang doakan yang buruk kat kita, jangan doakan yang buruk untuk kawan-kawan kita.

7. Selalu buruk sangka.



Kawan-kawan sekolah, uni waktu muda dulu selalu bolek lepak sekali, support each other. Sekarang nak ajak jumpa pun susah. "OK LAH TAKNAK SUPPORT BUSINESS AKU". Ni satu pandangan negatif yang kita patut buang jauh-jauh. Mereka ada life sendiri, circle sendiri, anak bini yang mungkin memerlukan masa dan attention yang lebih. Bagi masa, jangan buruk sangka.

8. Tak clear dengan apa bisnes sebenar kita.


Saya baru mulakan kerjaya takaful. Saya broadcast di facebook, siap public post. Tak perlu sembunyikan apa perniagaan kita. Orang yang terlampau berkias dengan business apa dia buat ni biasanya jual benda illegal, tak pun scammer.

9. Jumpa kawan semata-mata nak jual benda.



Pernah kan dpt msg tetiba, pastu ajak ngeteh. Jumpa ja terus suruh ambik insurance. Nak kita sign time tu jugak. Pas balik terus kita roger kawan-kawan lain jangan jumpa budak tu sbb dia nk jual insurance. Catch up dulu, jangan paksa orang yang taknak. marketing yang paling semua orang benci ialah marketing yang sangat invasive. Kalau kita tgk tv time2 scene best tiba2 ada iklan, rasa mcm nak baling remote. Kawan kita ingat kita ajak jumpa, having good time tiba-tiba kita sendiri yang iklankan unit trust lah takaful lah, pastu desak lain macam.

10. Lupa kawan-kawan bila berjaya.










"Dia dah success, terus lupa kita. Dulu-dulu time start kita yang ramai-ramai support dia naik". Sentiasa ingat orang-orang yang support kita terutama waktu kita bermula. Ada satu pesanan sorang Arwah Cikgu kat kampung saya kat anak dia- dan anak dia share ngan saya. "Bila sampai ke seberang, jangan lupa tempat mula bermudik"

Itu 10 pantang yang saya dapat kumpulkan untuk penulisan kali ni. Ilmu Allah ni Maha luas dan tak ada had. Apakah perkara atau perbuatan rakan berniaga yang selalu buat anda rasa nak lari? Boleh bagitau dalam comment section ok!

Sama-sama kita belajar dan mari jadikan hari kita lebih bermaa'na. 

Yaji Shariff
PruVenture Manager
012-3675815

Ulasan

Catatan Popular