Kenapa kita perlukan pendapatan 10tahun?


Kadang-kadang orang tanya, kenapa takaful perlindungan selalu cakap pasal perlukan 10 tahun gaji/pendapatan? Sharing hari ni saya cuba tulis secara ringkas saja.

Pendapatan 10 tahun ni bukan untuk kaya seketul. Kalau kita kira purata pendapatan bulanan di Malaysia sekitar 1500-2500 untuk orang kebanyakan, sukar untuk kita lari daripada hutang bila kita acquire aset sewa-beli / tak sempurna milik macam kereta, rumah, moto dan sebagainya.

Secara matematiknya kita kira contoh seorang rider foodpanda fulltime all-out.

Pendapatan bulanan: RM3200
Isteri: Suri rumah jaga anak
Anak: 2 orang (1 tahun dan 3 tahun)
Rumah Sewa: RM900
Api-Air: RM300 Sebulan
Makan-minum: RM600 sebulan
Astro: RM80
Pampers: 300
Loan Bezza: 550
Loan Motor: 180
Takaful: 200

Total commitment: 3110
Balance: 90

Let say wife Abang rider tadi tolong buat part time dropship dapat dalam 500 sebulan.
Balance jadi, 590. 

Kalau ada apa-apa malang kecederaan dan abang rider terlantar dan tak boleh bekerja atau nama formal kecederaan ni hilang upaya kekal. Wife dia akan terkesan dengan sangat teruk. Nak cari kerja, ada dua anak kecik yang perlukan penjagaan. Nak hantar nursery, sewa rumah pun tak lepas nak bayar.

Terus kepada tajuk kita tadi 10 tahun pendapatan abang rider dan wife ialah 

(3200+500) x 120bulan = 444,000

Purpose utama pendapatan 10 tahun ni ialah 

Gantikan pendapatan.
400,000 di dalam Tabung haji/ASB. dengan 7% dividen tahunan
= sekitar 28,000 setahun

Nilai di atas telah saya asingkan 40,000 untuk setelkan hutang dan start hidup baru.
Taklah sebanyak pendapatan asal tetapi 63% dari nilai tu dah ada backup setiap tahun. Sesetengah syarikat takaful juga ada membekalkan pelan pelan pelaburan sekarang.

Jadi, adakah perlindungan anda cukup 10 tahun pendapatan bulanan?

Yazid Shariff
PruVenture Manager
+60123675815
wasap terus: wa.link/1jdgre





Ulasan

Catatan Popular