PERKARA YANG AGEN INSURANS/ TAKAFUL KITA SELALU BERAT NAK CERITA.

 


Dalam banyak-banyak benda juta-juta ratus ratus ribu, satu perkara yang usahawan takaful berat nak explain ialah CSV atau nama penuhnya Cash Surrender Value.

Cash surrender value ni ialah nilai polisi yang kita sekiranya kita mahu menamatkan polisi tadi.
Kenapa berat sangat nak cerita kan? Pada kebiasanya CSV akan bernilai jauh lebih rendah dari jumlah premium yang telah dibayar. Namun ada juga sesetengah pelan takaful yang tidak mempunyai CSV.

Akan datang persoalan "Buat apa bayar kalau kita berumur panjang dan sihat sampai tua?" Ini boleh menyebabkan konflik dimana pelanggan boleh berubah fikiran. 

Namun, dengan perancangan dan pelan-pelan yang betul seperti pelan takaful berbentuk pelaburan atau nama mat-sallehnya Investment link, Dalam jangka masa panjang kita boleh mendapatkan pulangan sehingga sekitar 1.5x jumlah premium yang telah di-bayar.

Maka, bila anda mahu mendaftar dan mengambil apa-apa pelan takaful, Jangan lupa bertanya mengenai cash surrender value.

Saya harap perkongsian hari ini dapat membantu anda dalam menyediakan perlindungan dan pelaburan terbaik untuk anda dan orang-orang tersayang. Jom sama-sama menjadikan hari kita lebih bermaa'na.

#stayhome #stayinside

Assalamualaikum!

Yazid Shariff
PruVenture Manager
+60123675815
wasap terus: wa.link/1jdgre








Ulasan

Catatan Popular