========================

HIBAH 💰 vs 💳 MEDICAL CARD
========================
Sejak aku decide takaful sebagai life career aku sampai pencen, selalu timbul persoalan dari clients dan kawan-kawan, mana yang better?
💡 Dua-dua penting.
--------------------------------------------------------------------------
🪙"Yaji, kalau budget aku tight, mana aku patut sign up dulu".
Inilah sebab kenapa kita perlukan agent dalam pengurusan takaful. Ingat betul-betul ayat ni. "takaful ialah TOOL dalam perancangan kewangan Islam". Mana satu better depends on keperluan dan setiap orang ada keperluan yang berbeza. Jom kita start dengan contoh.
===========
Situasi 1: 👨‍👩‍👦‍👦
===========
Keluarga Aliff & Hana
Pekerjaan: Berniaga sendiri
Simpanan: 20k
Aset Sempurna Milik: Tanah Kampung, Kereta, Rumah
Anak: 2 Lelaki
Prioriti 1: 💳 Medical Card.
Bila ditimpa musibah sakit yang teruk atau kemalangan yang memerlukan rawatan dengan segera, Business, Tanah, Simpanan tak tergadai.
Prioriti 2: 💰 Hibah
Dalam situasi keluarga Aliff Hana, pendapatan gantian (sekiranya pencarum mengalami sakit teruk atau hilang upaya kekal atau pendek umur)akan bertindak melindungi lifestyle yang telah dilalui. Macam kita selalu cakap "Sudah jatuh ditimpa tangga" tapi dengan Hibah, "kalau jatuh, terduduk di atas kerusi, dan tangga tadi dah ikat ke dinding".
===========
Situasi 2: 👨‍👩‍👧
===========
Keluarga Johari & Zuria
Pekerjaan: Supervisor Kilang/ Suri Rumah
Simpanan: Tiada
Aset Sempurna Milik: Kereta
Hutang/Liabiliti: Kereta, Apartment
Anak: 1 Perempuan
Prioriti 1: 💰 Hibah Dengan Manfaat Gantian Pendapatan
Setiap breadwinner/ ketua keluarga yang menjadi punca pendapatan mutlak isi rumah harus bersedia dengan gantian pendapatan sekiranya musibah kemalangan atau sakit kritikal menimpa. Mengikut kajian impak kematian biasanya memberi kesan kepada keluarga sekurang kurangnya selama 10 tahun. Tapi aku bersangka baik Encik Johari akan panjang umur. Maka andai jatuh sakit yang teruk atau kemalangan yang teruk sehingga tak dapat bekerja, persediaan 5 tahun gantian gaji InsyaAllah dapat membantu keluarga Joe untuk menyusun kembali kewangan dan meneruskan kehidupan seperti sebelumnya.
Hibah juga boleh digunakan untuk melangsaikan hutang yang dan aset tak sempurna-milik kerana tanpa pendapatan tetap, aset tak sempurna milik akan menghadapi risiko untuk ditarik balik. Sesetengah keluarga yang telah mendapat manfaat hibah boleh memilih untuk downsize lifestyle mereka dan downsizing (pindah ke rumah lebih murah, tukar kereta yang lebih kecil masih memerlukan modal; dan modal yang tidak terikat pada faraid).
Untuk bapa yang tidak mempunyai anak lelaki, harta yang ditinggalkan selepas mati akan pergi adik beradik lelakinya untuk menguruskan harta pusaka tadi mengikut Faraid.
Prioriti 2: 💳 Medical card
Andai kena pilih salah satu, Johari saya sarankan untuk start dengan hibah. Sekiranya mampu untuk mencarum dalam kedua dua sijil tanpa rasa terbeban, ada pertukaran kerja dan peningkatan pendapatan kad perubatan akan membantu menjaga saving yang mula dibina.
--------------------------------------------------------------------------
Sentiasa di-ingatkan bila aku cakap "TAKAFUL IS AN ISLAMIC FINANCIAL TOOL", Tiada salah satu yang superior dari yang lain. Ada orang pakai parang untuk tebang pokok 🔪🌳, ada orang pakai parang untuk kutip hutang 😈🔪💰.
Aku harap penulisan ni bagi sikit pencerahan untuk semua yang membaca sampai hujung ni. Sediakanlah perlindungan untuk keluarga kita. Kalau rasa medical card mahal, hibah 350ribu sekarang, caruman bulanan dalam 100 ringgit pun insyaAllah boleh dapat.
"Do it right the first time" Pak Haji pesan dekat aku.
Perlukan nasihat untuk membuat pilihan yang tepat? boleh pm agent masing-masing, tak kisahlah syarikat mana.
Nak pm aku pun boleh.
Sekian,
Yazid Shariff
Agent Takaful Berdaftar
http://wa.link/1jdgre

Ulasan

Catatan Popular